nuffnang

Tuesday 17 December 2013

Telefon pintar masa kini


Pengeluar telefon dari China, XiaoMi, memulakan langkah besarnya ke pasaran antarabangsa. Sebagai permulaan memasarkan produk telefon pintarnya ke Taiwan. Tanpa diduga, XiaoMi menjual 10,000 unit telefon bimbitnya hanya dalam masa kurang daripada sepuluh minit.

Ini mengatasi rekod penjualan telefon pintar XiaoMi untuk pasaran China. Sebelum ini juga mereka mencatatkan angka penjualan 100 ribu unit Mi3 hanya dalam 90 saat selain telah berjaya menjual sebanyak 150 ribu unit Mi3 di WeChat dalam hanya 10 minit.

Penjualan telefon pintar XiaoMi di Taiwan ini adalah langkah awalnya, meneroka pasaran antarabangsa menerusi kaedah penjualan secara terus.

XiaoMi juga menjadikan 2014 sebagai langkah memasuki pasaran Asia dengan membuka cabang baru pertama di Singapura dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment