nuffnang

Tuesday 17 December 2013

I love you


Tiba-tiba dia muncul kembali, bukan untuk mengaku bersalah. Tetapi untuk mendapatkan wang bagi keperluannya sendiri. Apabila sudah dapat, dia pun menghilang lagi. Percaya atau tidak, suami "spesies" ini memang ada. Suami yang umpama diktator atau tirani yang kejam lagi zalim. Jika diktator menghancurkan rakyat dan negara, dia pula menghancurkan kehidupan isteri, anak-anak dan rumah tangganya.

Suami semacam ini mungkin duduk di sebelah meja kita di pejabat. Atau sama-sama bermesyuarat dengan kita dalam urus niaga. Kekadang dia tersenyum manis kepada kita semasa membuat presentation untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Walaupun wajahnya hansome, tetapi hatinya hati singa yang ganas.

Terseksa kerana memiliki dan dimiliki
Mengapa semua rasa yang pedih ini menerjah di hati kita? Jawabnya kerana kita rasa memiliki dan dimiliki. Si isteri merasa suami itu kepunyaannya. Maka apabila suami "menghilangkan" diri, hidupnya nanar dan tersasar. Padahal jika difikirkan dengan sedalam-dalamnya, suami itu bukan milik kita. Dia milik Allah. Maka bila-bila masa sahaja Allah boleh "mengambilnya" menerusi kematian, perpisahan atau penceraian.

Cintai seadanya
Jika kita kenal Allah, hatu agak lega dan reda dengan musibah-Nya. Apabila musibah melanda, selalu ingat bahawa itu panggilan Allah agar kita ingat kepada-Nya. Pujuk hati, itu adalah kebaikan yang datang dalam bentuk kepahitan. Ubat mujarab untuk kita yang sering hilang sifat kehambaan. Katakan bahawa ini semua gara-gara cinta nafsu. AWAS, jika kita berani "memperkosa" kesucian cinta, ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Kita tetap ada Allah
Putusnya cinta dalam berumah tangga adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca suami tidak lagi mencintai? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin kerana sudah jemu? Sekalipun anda telah ditinggalkan, diceraikan atau digantung tak bertali, jangan kecewa. Secara tidak rasmi tuntutlah hak anda di mahkamah syariah. Jangan biarlah "si dia" berleluasa menghancurkan hidup anda. BANGUN DAN TUNTUTLAH HAK ANDA YANG DIABAIKAN.

No comments:

Post a Comment