nuffnang

Wednesday 18 December 2013

Keldai Si Keldai Cinta


Putaran kehidupan pasti meletihkan. Datambah pula kadangkala sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. ketika itu segalanya hambar dan tawar. Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan kita sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang ada di luar diri kita tetapi kita boleh mengubah diri.

Apabila Cinta kepada Allah Tidak Mendalam
Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira nikmat yang bernama anak, suami atau isteri, Tanpa cinta yang mendalam menyala-nyala "cinta makhluk" akan beransur malap dan gelap. begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Apabila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

"Hak" kepada yang Tidak Berhak
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang demesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka.Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan teman tapi mesra? Apakah kerana aku sudah jadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tanpa cinta?"

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Apabila bersama temannya dialah lelaki paling romantis atau wanita yang paling beradap. Padahal dengan suami atau isteri dirumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya masam dan bungkam. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!

No comments:

Post a Comment