nuffnang

Friday 25 April 2014

Berilah sedikit rasa simpati "Fiza Halim"


Demikian luahan terbaru pelakon Fiza Halim mengenai konflik rumah tangganya dengan penyanyi Adam AF yang terus menarik perhatian semalam.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memuat naik status di Instagram yang berbaur kekesalan berikutan reaksi negatif masyarakat mengenai perkara itu.

Menurutnya, dia terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari sepenuhnya atas konflik yang membawa kepada permohonan cerai itu.

“Masing-masing ada pendapat dan pandangan, tapi saya agak sedih dan terkilan bila terbaca (di) blog-blog, ada yang cakap semua salah saya.

“Bukan saya minta untuk jadi begini. Sekadar nak berkongsi kisah suka dan duka bersama peminat di sini.

“Saya faham ada yang suka dan ada yang membenci tapi janganlah menghukum saya dengan pelbagai cacian dan tohmahan,” katanya menerusi status berkenaan.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan sebutan kes permohonan cerai pasangan itu akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini, Isnin ini.

Ura-ura keretakan rumah tangga pasangan itu mula kedengaran kebelakangan ini, namun kedua-duanya mengambil pendekatan mengunci mulut.

Spekulasi konflik perkahwinan mereka kembali diperkatakan apabila Fiza dilaporkan memfailkan permohonan cerai di mahkamah terbabit minggu lalu.

Menerusi laporan Harian Metro pada Selasa lalu, Fiza turut memberikan bayangan menerusi luahan di Instagram mengenai pergolakan rumah tangga mereka.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31 yang dihubungi berkata rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Pasangan itu bernikah pada 26 September tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.

4 tahun di penjara "Dr kasanova"


Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap K Prabaharan, 45, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Januari lalu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Prabaharan yang juga seorang juruteknik komputer didakwa mengenali mangsa, B Vikneswary, 29, yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah Tamil di Pahang melalui laman sosial Facebook pada dua tahun lalu.
Tertuduh didakwa memperdaya Viknesmary untuk menyerahkan RM16,000 bagi menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Bank Rakyat, Jalan Magazine, dekat sini pada Disember 2012.
Mangsa yang kemudiannya membuat semakan mendapati beliau masih berhutang dengan PTPTN sebelum membuat laporan polis.

50 ribu orang hadir malam cinta rasul di Kuantan


Program yang bermula 9.30 malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian dipimpin ulama dari Indonesia Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman dan barisan exco kerajaan negeri.
Terdahulu dalam ucapannya, Adnan berkata, program berkenaan dapat menyemai budaya selawat di kalangan masyarakat Islam terutamanya belia di negeri ini.
Katanya, budaya berselawat dapat diterapkan menerusi program berkenaan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai peringkat umur.
"Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk budaya berselawat terutama kepada belia sekali gus mengurangkan gejala sosial.
"Hubungan antara umat Islam juga dapat diperkukuhkan apabila berhimpun bersama untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah," katanya.