nuffnang

Wednesday 18 December 2013

Cara Adab Untuk Bergurau


Niat yang benar. Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyergarkan jiwa supaya memperoleh semangat yang baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

Tidak berlebihan-lebihan dalam bergurau kerana Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kera mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.

Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

Tidak menakut-nakutkan seorang Muslim. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak halal bagi seorang Muslim membuat takut seorang Muslim yang lain.

Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunah Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidakmengatakan kecuali yang benar.

Jangan memperlekah individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.

No comments:

Post a Comment